Pathfinder 1 kapal udara terbesar dunia

Pathfinder 1 kapal udara terbesar dunia

PATHFINDER 1 berjaya menjalankan peringkat pertama ujian penerbangan di Lapangan Terbang Palo Alto.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Kapal udara terbesar di dunia, Pathfinder 1 dilaporkan sudah memulakan ujian penerbangan pusingan pertamanya di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Berukuran 121.9 meter, kapal udara gergasi itu hampir dua kali ganda saiz Boeing 747-8 quadjet yang merupakan pesawat terpanjang di dunia.

Pathfinder 1 juga merupakan kapal udara terbesar pernah dihasilkan selepas Hindenburg yang terbakar pada tahun 1937.

Kapal tersebut menggunakan kira-kira 304,800 meter padu helium dan 12 motor elektrik untuk mencapai pelepasan menegak dengan kelajuan sehingga 120 kilometer sejam.

Kapal udara yang luas itu dicipta oleh LTA Research, sebuah syarikat disokong oleh pengasas bersama Google, Sergey Brin yang dijangka boleh mengurangkan jejak karbon perjalanan udara dan perkapalan.

Pathfinder 1 menggunakan helium selamat dan tidak reaktif yang disimpan dalam 13 beg udara yang dianggarkan menelan kos antara AS$250,000 hingga AS$1 juta (RM1.16 hingga RM4.6 juta).

Menurut LTA Research, syarikat itu menggunakan teknologi Pengesanan dan Jarak Cahaya (LiDAR) canggih untuk sentiasa memantau tahap gas yang terkandung dalam kapal udara itu.

“Seluruh bingkai dibalut dengan bahan sintetik yang dipanggil Tedlar yang tahan terhadap sinar ultraungu (UV) dan api.

“Dengan teknologi yang diadaptasi daripada dron, Pathfinder 1 juga sangat mudah untuk terbang dan hanya memerlukan seorang juruterbang pada bila-bila masa menggunakan sistem joystick ‘fly by wire’,” jelas syarikat itu.

Sejak diberikan sijil kelayakan udara khas pada September lalu, Pathfinder 1 berjaya menjalankan peringkat pertama ujian penerbangan di Moffet Field, Lapangan Terbang Palo Alto dan sebahagian daripada kawasan di San Francisco Bay.

Matlamat utama syarikat itu adalah untuk mempunyai armada kapal udara berbeza yang boleh digunakan mengangkut kargo, penumpang termasuk memuatkan sejumlah besar bantuan kemanusiaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya