Pakar bedah AS lakukan pemindahan mata pertama dunia

Pakar bedah AS lakukan pemindahan mata pertama dunia

EDUARDO Rodriguez (kanan) bersama Aaron James yang menjalani pembedahan pemindahan mata. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sekumpulan pakar bedah dari New York, Amerika Syarikat (AS) berjaya menjalankan transplan atau pembedahan pemindahan seluruh mata yang pertama terhadap manusia.

Pencapaian itu disifatkan sebagai satu kejayaan walaupun pesakit berkenaan masih belum dapat melihat semula selepas menjalani pembedahan tersebut.

Menurut pasukan pakar bedah di NYU Langone Health, pembedahan itu dilakukan ketika pesakit menjalani pemindahan sebahagian wajahnya.

Dalam tempoh enam bulan sejak pembedahan itu, mata pesakit yang dicantumkan menunjukkan tanda-tanda kesihatan penting termasuk saluran darah berfungsi dengan baik dan retina dalam keadaan baik.

“Kami berjaya melakukan pemindahan mata yang dilihat sebagai langkah besar ke hadapan, sesuatu yang difikirkan selama berabad-abad namun tidak pernah dilakukan,” kata ketua pasukan, Dr. Eduardo Roddriguez.

Sehingga kini, pasukan doktor itu hanya mampu melakukan pemindahan kornea yang merupakan lapisan depan mata.

Penerima mata dikenali sebagai Aaron James, 46, dari Arkansas merupakan seorang veteran tentera yang terselamat daripada kejadian renjatan elektrik voltan tinggi berkaitan kerjanya.

Insiden itu menyebabkan Aaron mengalami cedera parah yang mana bahagian kiri mukanya, hidung dan mata kirinya melecur.

Dilaporkan, pembedahan pemindahan mata itu mengambil masa selama 21 jam.

Menurut Rodriguez, pasukan doktor pada mulanya merancang untuk memasukkan bola mata sebagai sebahagian pembedahan pemindahan muka bagi tujuan kosmetik.

“Sekiranya pesakit mendapat penglihatannya semula, sudah tentu ia amat hebat tetapi matlamatnya adalah untuk melakukan pembedahan teknikal ini dan memastikan bola mata bertahan,” katanya.

Pada masa ini, mata dibedah menerusi transplan itu tidak berkomunikasi dengan otak melalui saraf optik. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya