BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sekali lagi menolak kritikan dan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat selepas lebih 11,000 kematian di Gaza berikutan serangan yang dilakukan Zionis sejak 7 Oktober lalu.
Tegas Netanyahu, operasi ketenteraan yang dilakukan di Gaza mengikut undang-undang antarabangsa.
“Ini adalah pertempuran antara peradaban dan kekejaman. Israel berperang mengikut undang-undang antarabangsa.
“Tentera kami sedang melakukan tugas yang baik bagi meminimumkan kematian orang awam,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyatakan dunia tidak sepatutnya mengecam Israel.