NZ mansuhkan larangan hisap rokok untuk generasi akan datang - Utusan Malaysia

NZ mansuhkan larangan hisap rokok untuk generasi akan datang

KERAJAAN New Zealand bakal membatalkan larangan untuk generasi akan datang menghisap rokok menjelang 2024. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUCKLAND: New Zealand bakal membatalkan larangan untuk generasi akan datang menghisap rokok yang mendapat pujian seluruh dunia, sebelum ini.

Keputusan itu dibuat bagi membayar potongan cukai yang dijanjikan, susulan perjanjian oleh kerajaan gabungan baharu yang terdiri daripada tiga parti.

Larangan itu yang disifatkan sebagai pertama di dunia bertujuan menyekat generasi yang berusia 14 tahun ke bawah pada 2027 daripada membeli tembakau, dan mengurangkan secara drastik bilingan peruncit yang boleh menjual produk rokok.

Parti Kebangsaan New Zealand memeterai perjanjian itu pada Jumaat lalu, selepas rundingan berlarutan mengenai peranan dan dasar menteri termasuk hak Orang Asli, pemotongan cukai dan perubahan di bank pusat.

Kerajaan baharu akan mengurangkan cukai pendapatan peribadi, berikutan dasar kempen yang digunakan untuk menarik pengundi berpendapatan sederhana yang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Perjanjian kerajaan gabungan itu juga menggariskan rancangan lain, termasuk pemansuhan larangan penjualan rokok kepada generasi akan datang yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu.

Dokumen yang dipersetujui menunjukkan Akta Persekitaran Bebas Rokok dan Produk Terkawal (Tembakau Asap) Pindaan 2022 dimansuhkan.

Kerajaan baharu juga bersetuju untuk membatalkan undang-undang itu sebelum Mac 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya