Netanyahu mengaku Israel gagal minimumkan korban awam

Netanyahu mengaku Israel gagal minimumkan korban orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengakui usaha tenteranya untuk mengurangkan jumlah korban awam di Gaza tidak berjaya dan terus menyalahkan Hamas sebagai punca konflik itu berlarutan.

Netanyahu berkata, tentera Israel sedang berusaha untuk menghapuskan Hamas, tetapi kumpulan itu menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.

“Hamas tak kisah tentang rakyat Palestin.

“Perkara lain yang boleh saya katakan ialah kami akan cuba menyelesaikan kerja kami dengan kematian orang awam yang minimum.

“Itulah yang kami cuba lakukan, mengurangkan kematian orang awam. Tetapi malangnya, kami tidak berjaya,” katanya dalam temu bual di saluran CBS.

Syarikat telekomunikasi utama Gaza berkata, semua perkhidmatan telefon dan internet di wilayah itu terputus sejak malam tadi kerana kekurangan bahan api.

Ketika komunikasi terputus, Israel meningkatkan serangan di beberapa kem pelarian dan hospital termasuk di Kompleks Perubatan Ibnu Sina di Tebing Barat dan kem Jabalia.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya