Naib johan Miss Universe 2023 kekasih pemain bola sepak Singapura - Utusan Malaysia

Naib johan Miss Universe 2023 kekasih pemain bola sepak Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pertandingan Miss Universe kali ke-72 berakhir di El Salvador hujung minggu lalu dengan Ratu Cantik Nicaragua, Sheynnis Palacios dinobat sebagai pemenang Miss Universe 2023.

Model berdarah kacukan Thailand-Denmark, Anntonia Porsild dan model Australia, Moraya Wilson masing-masing menempah kedudukan kedua dan ketiga.

Lebih mencuri perhatian, Anntonia, 27, adalah teman wanita pemain bola sepak Singapura, Irfan Fandi, iaitu anak sulung kepada legenda negara republik itu Fandi Ahmad.

Irfan, 26, menggunakan laman InstaStory untuk mengucapkan mesej kepada Anntonia sempena kejayaannya.

“Tiada kata-kata boleh menggambarkan betapa bangganya saya terhadap awak! Awak amat menakjubkan. Ratu hatiku! Saya cinta awak @porxild,” tulisnya.

Anntonia turut membuat hantaran di Instagram untuk menzahirkan rasa terima kasih terhadap sokongan yang diterimanya sepanjang pertandingan itu.

“Saya memberikan segala-galanya di atas pentas malam ini untuk Thailand, untuk semua orang yang percaya kepada saya dan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya dan saya amat berterima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan yang sepanjang perjalanan ini.

“Tanpa sokongan anda, saya tidak akan berdiri di sini hari ini,” tulisnya.

Dia juga berjanji untuk berusaha ke arah memenuhi impiannya dan ingin menjadi pencetus galakan bagi mereka yang ingin mengejar impian mereka sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya