YANGON: Pegawai Myanmar mengadakan pertemuan dengan keluarga pelarian Rohingya di Bangladesh bagi membincangkan mengenai proses membawa pulang ke negara itu.
Kumpulan pegawai itu mengadakan lawatan ke Bangladesh untuk bertemu dengan pelarian berkenaan, di tengah-tengah pelan baharu itu yang dikendalikan uruskan oleh China.
Memetik laporan Al Jazeera, langkah itu merupakan sebahagian pelan perintis yang dibincangkan dalam pertemuan tiga hala antara Myanmar, Bangladesh dan China pada April lalu.
Pasukan pegawai Myanmar tiba Teknaf untuk bertemu dengan puluhan keluarga pelarian Rohingya.
“Mereka akan membincangkan mengenai proses membawa pulang dan pengesahan identiti mereka,” kata Timbalan Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh, Shamsud Douza.
Ramai pelarian Rohingya di Bangladesh menetap di sejumlah kem yang sesak dan kekurangan sumber.
Beberapa usaha dilakukan sebelum ini untuk menjadi perantara proses penghantaran pulang itu gagal disebabkan keengganan dari Myanmar.
Malah, pelarian juga enggan pulang ke Myanmar kerana bimbang akan dianiaya lagi.
Bangladesh menempatkan hampir sejuta pelarian Rohingya, kebanyakannya melarikan diri dari Myanmar pada 2017 susulan operasi ketenteraan di negara itu.
Dibawah pelan baharu itu, Myanmar bersetuju untuk menerima semula kira-kira 3,000 pelarian Rohingya menjelang Disember.