MH370: Perbicaraan tuntutan pampasan waris mangsa bermula Isnin depan - Utusan Malaysia

MH370: Perbicaraan tuntutan pampasan waris mangsa bermula Isnin depan

Kehilangan MH370 terus misteri tetapi waris tidak berputus asa untuk mengetahui apa punca kehilangan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Selepas lebih sembilan tahun tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa dikesan, akhirnya proses perbicaraan tuntutan pampasan antara ahli keluarga mangsa dengan Malaysia Airlines, Boeing dan syarikat lain akan bermula di sini pada 27 November ini (Isnin).

Mahkamah di negara China akan mendengar tuntutan pampasan bagi keluarga rakyat negara berkenaan yang hilang dalam nahas tersebut pada 8 Mac 2014.

Sehingga kini kehilangan MH370 kekal menjadi salah satu misteri penerbangan terbesar dunia apabila pesawat yang membawa 239 penumpang dalam perjalanan ke Beijing dilaporkan tidak dapat dikesan.

Kira-kira dua pertiga daripada penumpang malang itu terdiri daripada warganegara China

Dalam laporan ahli keluarga mangsa, notis perbicaraan mahkamah akan dimulakan dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Disember ini.

Waris penumpang pesawat MH370 berharap agar undang-undang China dapat membawa keadilan kepada keluarga mangsa.

Mereka mendakwa tidak pernah menerima sebarang pampasan mahupun permohonan maaf dalam tempoh 10 tahun lalu.

Penyiasat mengeluarkan laporan setebal 495 muka surat pada Julai 2018, mengatakan kawalan pesawat itu berkemungkinan sengaja dimanipulasi untuk melencongkannya tetapi sehingga dalang di sebalik tindakan itu tidak dapat ditentukan.

Ahli keluarga terus mendesak agar pencarian disambung semula berikutan lebih 30 serpihan disyaki telah dikumpulkan dari pelbagai tempat di seluruh dunia yang dihanyutkan di sepanjang pantai Lautan Hindi dan telah disahkan merupakan serpihan bangkai pesawat MH370.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya