McDonald's terima aduan gangguan seksual setiap minggu

UK: McDonald’s terima aduan gangguan seksual setiap minggu

ALISTAIR Macrow dikecam selepas siasatan mendedahkan wujudnya `budaya kerja toksik' di restoran McDonald’s di United Kingdom (UK). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: McDonald’s United Kingdom (UK) mengesahkan pihaknya menerima kira-kira `satu atau dua’ laporan berkaitan gangguan seksual daripada kakitangan restoran makanan segera itu hampir setiap minggu. 

Lapor Daily Mail, perkara itu diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s UK, Alistair Macrow.

Macrow dikecam hebat oleh ahli Parlimen selepas satu siasatan mendedahkan wujudnya `budaya kerja toksik’ di restoran itu, dengan kakitangannya usia semuda 17 tahun mendakwa diraba dan diganggu hampir sepanjang masa bekerja.

Ketua pegawai eksekutif itu turut tampil memohon maaf kepada mana-mana kakitangannya yang mengalami penderaan atau gangguan di bawah pengawasannya.

Malah, Macrow menyifatkan keterangan mangsa amat mengerikan dan sukar untuk didengar.

Dilaporkan, rangkaian restoran makanan segera itu masih meneliti 249 laporan lain berkaitan keselamatan dan keterangkuman di tempat kerja.          

Setakat ini, McDonald’s UK sudah melihat 17 laporan gangguan seksual yang disahkan dan sedang meneliti 27 lagi dakwaan gangguan seksual.

Menurut Macrow, sebanyak 157 laporan sudah disiasat sepenuhnya, dengan 75 daripadanya dikenakan tindakan tatatertib termasuk 18 dibuang kerja.

“Sejak Julai, seramai 18 pekerja dipecat membabitkan aduan secara keseluruhan dan pihak kami masih sedang menyiasat 249 kes selanjutnya.

“Biasanya, kami akan terima antara 20 dan 25 laporan setiap minggu, yang mana satu atau dua daripadanya membabitkan gangguan seksual di seluruh organisasi,” katanya.

Macrow berkata demikian semasa sesi jawatankuasa mengenai dakwaan bekas pekerja bahawa terdapat budaya kerja yang toksik di restoran McDonald’s. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya