BRASILIA: Mayat seorang wanita berada di tempat duduk kelas perniagaan selama lebih 10 jam dalam penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) ke Brazil baru-baru ini.
Penumpang itu menaiki penerbangan Azul Airlines dari Fort Lauderdale, Florida, ke Belo Horizonte, Brazil pada 7 November lalu namun tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal dunia ketika pesawat berlepas.
Mayat itu terpaksa dibiarkan di tempat duduk supaya polis dan koroner dapat menjalankan ujian serta siasatan selepas pesawat mendarat.
Penumpang lain hanya dibenarkan keluar dari penerbangan itu 40 minit selepas ia mendarat.
Polis persekutuan mengesahkan melalui doktor di lapangan terbang bahawa wanita itu meninggal dunia atas sebab semula jadi namun umur dan kewarganegaraannya tidak didedahkan.-AGENSI