Lori muatan berat ‘ditelan' lubang mendapan besar - Utusan Malaysia

Lori muatan berat ‘ditelan’ lubang mendapan besar

LUBANG mendapan besar di Jalan Sukhumvit menenggelamkan hampir seluruh lori muatan berat itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sebuah lori membawa muatan berat `ditelan’ lubang mendapan besar yang terbentuk di laluan masuk sebuah jalan di Thailand sehingga mengakibatkan dua orang cedera.

Lapor thethaiger.com, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.35 pagi (waktu tempatan) kelmarin di Jalan Sukhumvit.

Kejadian mendapan itu menyebabkan gangguan lalu lintas ketara di tiga lorong jalan tersebut, dengan kesesakan luar biasa sehingga Bang Na.

Laporan awal menunjukkan dua orang cedera akibat insiden itu namun tahap kecederaan mereka masih belum dapat dipastikan.

Lubang mendapan besar itu menenggelamkan hampir seluruh lori sepuluh roda itu sehingga menyebabkan gangguan ketara pada aliran lalu lintas.

Insiden mendapan tanah di Jalan Sukhumit mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan jalan raya di kawasan itu.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca mendapan tanah dan meneliti struktur jalan di sekelilingnya.

Pihak berkuasa juga sedang berusaha membersihkan kawasan itu secepat mungkin agar dapat memulihkan aliran trafik seperti biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya