Lima tentera AS maut helikopter terhempas di Mediterranean - Utusan Malaysia

Lima tentera AS maut helikopter terhempas di Mediterranean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seramai lima anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terkorban dalam nahas helikopter terhempas di timur Mediterranean.

Menurut ketenteraan AS, helikopter itu mengalami kemalangan ketika mengisi minyak yang merupakan sebahagian daripada rutian latihan harian.

Tentera AS meningkatkan operasi di rantau berkenaan sejak perang Palestin-Israel tercetus.

Dalam pada itu, Presiden Joe Biden menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Mereka meletakkan jiwa dan raga sepenuhnya semasa menjalankan tugas setiap hari.

“Negara kehilangan wira-wira hebat. Kami akan terus mengingati jasa dan sumbangan mereka pada negara,” katanya.

Selain itu, pihak berkuasa AS tidak memaklumkan dari mana helikopter itu berlepas atau lokasi nahas.

Pada bulan lalu, AS mengerahkan dua kapal pengangkutnya, termasuk kapal perang dan jet pejuang ke timur Mediterranean.

Langkah itu sebagai reaksi AS terhadap konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel, selain kebimbangan situasi tegang itu merebak ke rantau berkenaan.

Terdahulu, AS menzahirkan kebimbangan apabila pertempuran antara kumpulan Hezbollah yang disokong Iran dengan tentera Israel semakin meningkat.

Hal ini kerana Hezbollah turut mengecam operasi ketenteraan Zionis di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya