Lima negara gesa ICC siasat konflik Gaza

Lima negara gesa ICC siasat konflik Gaza

KARIM KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Lima negara termasuk Afrika Selatan dan Bangladesh menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membuka siasatan terhadap perang Israel-Palestin yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban.

Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan, berkata lima negara itu yang juga ahli ICC termasuk Bolivia, Comoros dan Djibouti, mahu siasatan dibuat berhubung konflik semasa melanda Gaza.

Karim menerusi kenyataan memaklumkan siasatan terhadap peristiwa di Gaza dan Tebing Barat yang bermula pada Mac 2021, perlu ditingkatkan kepada aspek permusuhan dan keganasan sejak serangan tercetus pada bulan lalu.

Karim yang sebelum ini melawat pintu sempadan antara Gaza dan Mesir, memaklumkan pasukannya sudah mengumpul sejumlah bukti yang kukuh mengenai insiden berkaitan konflik itu.

Justeru, beliau turut meminta lebih banyak bukti dikemukakan.

“Saya juga akan meneruskan usaha untuk melawat Palestin dan Israel untuk bertemu dengan mangsa terselamat.

“Malah, saya juga akan mendengar maklum balas dari organisasi masyarakat sivil dan bekerjasama dengan pihak berkaitan.

Terdahulu, beberapa orang Yahudi yang ahli keluarga mereka ditahan pejuang Hamas juga menggesa tindakan daripada ICC. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya