Lelaki 'tersekat' dalam kon penghadang jalan

Lelaki ‘tersekat’ dalam kon penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Kakitangan kontraktor jalan raya di Brazil baru-baru ini sempat merakam detik mereka membantu seorang lelaki yang terperangkap di dalam kon penghadang jalan.

Kakitangan Syarikat Kejuruteraan Trafik (CET) di Sao Paulo sedang mengalihkan kon dari kawasan jalan untuk melakukan kerja pembaikan apabila mereka menyedari salah satu daripadanya terasa sangat berat.

Apabila mereka menyuluh pada kon berkenaan, mereka ternampak seorang lelaki tersekat di dalamnya.

Selepas beberapa percubaan, kakitangan CET berjaya mengeluarkan lelaki tersebut tanpa bantuan pasukan bomba.

Lelaki itu memberitahu, dia bersembunyi di dalam kon berkenaan untuk berlindung daripada ribut dan hujan tetapi tidak dapat keluar apabila cuaca kembali reda.

Tidak diketahui berapa lama lelaki itu terperangkap di dalam kon berkenaan dan dia turut menolak untuk diberikan bantuan perubatan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya