Lelaki maut 'dibelasah' robot angkut kotak dalam kilang

Lelaki maut ‘dibelasah’ robot angkut kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang lelaki maut ‘dibelasah’ robot yang ditugaskan untuk mengangkat kotak makanan di sebuah kilang di Korea Selatan.

Kejadian berlaku ketika pekerja syarikat robotik berusia 40-an itu, sedang memeriksa operasi penderia robot itu sebelum menjalankan ujiannya di kilang pengasingan lada di wilayah Gyeongsang Selatan.

Menurut agensi berita Yonhap, robot itu dilaporkan akan digunakan untuk mengangkat kotak lada dan memindahkannya ke palet.

Ketika pemeriksaan sedang dibuat, lengan robot itu yang dilaporkan terkeliru antara pekerja berkenaan dengan sekotak sayur, secara tidak sengaja menekan badan, muka dan dada lelaki itu hingga dia cedera parah.

Lelaki itu dikejarkan ke hospital tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

Dalam satu kenyataan selepas kejadian itu, seorang pegawai dari Kompleks Pertanian Eksport Donggoseong yang memiliki kilang itu menggesa sistem tepat dan selamat diwujudkan bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Pada bulan Mac lalu, seorang lelaki Korea Selatan berusia 50-an mengalami kecederaan serius selepas terperangkap dengan robot ketika bekerja di sebuah kilang pembuatan alat ganti kereta.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya