Lelaki kurung anak dalam kereta untuk sertai maraton

Lelaki kurung anak dalam kereta untuk sertai maraton

ZHAO menyatakan obsesi Peng dengan maraton akhirnya memusnahkan keluarga mereka. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang wanita di China yang baru bercerai mengecam ketaksuban melampau bekas suaminya yang gemar melakukan aktiviti larian.

Malah, dia mendakwa lelaki itu pernah membiarkan anak perempuan mereka berusia lima tahun terkurung di dalam kereta selama berjam-jam agar dapat menyertai maraton.

Zhao menerusi hantaran di media sosial meluahkan perasaan marah dengan menyatakan obsesi Peng untuk berlari akhirnya memusnahkan keluarga mereka.

Walaupun Peng tidak pernah mengakui dia taksub dengan larian namun Zhao mendakwa aktiviti itu sentiasa menjadi keutamaan bekas suaminya.

“Pada mulanya, Zhao memberi galakan kepada Peng untuk berlari bagi menjaga kesihatannya namun lama-kelamaan ia menjadi satu-satunya keutamaannya.

“Akhirnya, ketaksuban Peng menyebabkan rumah tangganya dengan Zhao bergolak sehingga wanita itu merasakan dia lebih baik hidup bersendirian,” jelas laporan.

Menurut Toutiao News, Zhao mendakwa Peng pernah membiarkan anak perempuan mereka bersendirian di dalam kereta selama beberapa jam agar dia dapat melakukan aktiviti lariannya.

Kata Zhao, dia tidak melihat sendiri kejadian itu, namun anak perempuannya memaklumkan kepadanya.

Ketika kejadian, Peng membelikan anaknya sarapan pagi, memberi telefon bimbit untuk hiburan dan bertindak mengurungnya di dalam kereta sebelum berlari dalam maraton.

Sementara itu, Peng mengaku meninggalkan anaknya bersendirian di dalam kereta supaya boleh berlari dalam maraton.

Bagaimanapun, dia mendakwa hanya berlari dalam jarak dekat sebelum kembali kepada anaknya.

“Saya hanya berlari sejauh 1.5 km kemudian kembali ke kereta dan mendapati anak saya sedang tidur,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya