Lebih sejuta gelen minyak mentah bocor di Teluk Mexico - Utusan Malaysia

Lebih sejuta gelen minyak mentah bocor di Teluk Mexico

KESAN minyak mentah yang bocor di Teluk Mexico. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) kelmarin memaklumkan mereka masih mencari sumber kebocoran minyak daripada saluran paip bawah air di luar pantai Louisiana di Teluk Mexico.

Kebocoran itu dianggarkan sudah melebihi satu juta gelen minyak mentah.

Saluran paip sepanjang 108 kilometer itu ditutup oleh Main Pass Oil Gathering Co (MPOG) pada Khamis lalu, selepas minyak mentah dikesan di sekitar 31 kilometer di luar pesisir Delta Sungai Mississippi, berhampiran Paroki Plaquemines, tenggara New Orleans.

“Pasukan pemeriksa memerhati kesan minyak yang kelihatan pada Jumaat lalu bergerak ke barat daya dari pantai Louisiana,” kata Pengawal Pantai.

Walaupun jumlah sebenar minyak yang dilepaskan tidak diketahui, Pengawal Pantai AS yang mengetuai proses pembersihan memaklumkan, jumlah kebocoran pada 1.1 juta gelen atau bersamaan 26,190 tong.

Jelasnya, setakat ini kebocoran itu tidak menyebabkan kecederaan atau kesan pada pantai.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS menyatakan, Pengawal Pantai sudah mengaktifkan Pasukan Tindak Balas Kebangsaan yang terdiri daripada 15 entiti persekutuan yang bertanggungjawab menyelaraskan tindak balas berhubung insiden tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya