Lebih 500 pelarian Rohingya 'berkampung' di Aceh

Lebih 500 pelarian Rohingya ‘berkampung’ di Aceh

SEJUMLAH pelarian Rohingya tiba di wilayah Aceh, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIREUEN: Sebanyak tiga bot dengan lebih 500 pelarian Rohingya berlabuh di bahagian paling barat wilayah Aceh, semalam, sekali gus menjadi ketibaan terbesar golongan itu di negara ini.

Jurucakap pihak berkuasa Indonesia, Faisal rahman berkata satu daripada tiga bot itu tiba di daerah Bireuen dengan membawa 256 orang Rohingya, manakala 239 lagi tiba di Pidie dan satu lagi bot membawa 36 Rohingya berlabuh di Aceh Timur.

“Mereka ditemukan di beberapa lokasi,” katanya.

Dalam bot yang membawa 256 pelarian itu, 110 merupakan wanita dan 60 kanak-kanak.

Bot berkenaan sebelum ini cuba berlabuh di tepi pantai pada Khamis lalu, namun dihalang oleh penduduk setempat.

Bot itu kemudiannya terkandas selama beberapa hari di laut sebelum tiba di Bireuen.

Ketibaan itu menjadikan lebih 800 pelarian rohingya tiba di Aceh dalam minggu ini selepas 196 lagi tiba pada Selasa lalu, kemudian 147 orang pada Rabu.

Ketika ini, semua pelarian ditempatkan di pusat perlindungan sementara bagi menunggu keputusan pihak berkuasa mengenai nasib mereka.

Kebanyakannya berada dalam keadaan baik.

Menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) , lebih 2,000 Rohingya cuba menyeberangi lautan untuk ke negara-negara Asia Tenggara pada 2022.

Hampir 200 Rohingya mati atau hilang pada tahun lalu ketika cuba merentasi lautan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya