Lebih 400 rumah murah di UK tidak selamat

Lebih 400 rumah murah di UK tidak selamat

MATT Lismore berkongsi gambar memaparkan kepingan kayu besar dan serpihan lain bertaburan di kaki lima estet Gascoigne East di Barking, timur London. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih 400 rumah mampu milik kini dianggap sebagai `tidak selamat’ selepas sebuah balkoni bangunan apartmen dilaporkan runtuh ke bawah jalan.

Insiden itu didedahkan oleh seorang penghuni apartmen bernama Matt Lismore menerusi laman media sosial.

Lismore turut berkongsi gambar memaparkan kepingan kayu besar dan serpihan lain bertaburan di kaki lima di Barking, timur London.

Menurut Lismore, kejadian balkoni runtuh itu berlaku di estet Gascoigne East pada malam Sabtu lalu.

Dilaporkan, estet Gascoigne East, merupakan projek pembangunan bernilai 81 juta pound (RM469 juta) yang dibina oleh firma kejuruteraan dari Paris, Bouygues bagi pihak syarikat perumahan mampu milik Barking & Dagenham Council, BD Reside.

“Sabtu lalu, sebuah balkoni di bangunan apartmen saya runtuh ke jalan, kejadian itu berlaku kira-kira empat tahun selepas ia dibina.

“Kesemua 414 hartanah di bangunan apartmen itu kini dianggap `tidak selamat’, malah kami perlu mendirikan perancah di seluruh kawasan bagi menjaga keselamatan diri dan orang ramai,” katanya.

Berdasarkan iklan publisiti, projek pembangunan Gascoigne East yang menggantikan `Estet Gascoigne’ era 1960an, bertujuan mewujudkan kawasan kejiranan mesra dan direka bentuk dengan baik bagi penduduk dan komuniti lebih luas.

Namum, Lismore yang juga merupakan aktivis parti Labour dan jurubank pelaburan mendakwa penduduk kawasan itu dibelenggu dengan pelbagai masalah sejak beberapa tahun lalu.

Lismore turut berkongsi emel bertarikh 24 Mei 2022 dihantar kepada Ketua Barking dan Dagenham Council, Darren Rodwell yang antara lain menyuarakan kebimbangan serius mengenai pengurusan dan kualiti binaan pembangunan.

“Isu utama disuarakan adalah mengenai keselamatan bangunan, kualiti binaan dan kecenderungan terhadap peralatan atau infrastruktur yang rosak, pengurusan bangunan lemah dan kerja-kerja baik pulih yang sangat lambat,” katanya.

Lismore menyiarkan sekeping gambar di aplikasi X menunjukkan kejadian runtuhan separa dan kecil berlaku pada musim panas 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya