Lapangan Terbang Hamburg ditutup tangani insiden tebusan

Lapangan Terbang Hamburg ditutup tangani insiden tebusan

KENDERAAN polis dan ambulans berada di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Hamburg. - AP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFURT: Lapangan Terbang Hamburg di Jerman terpaksa ditutup selepas seorang lelaki menyerbu premis itu bersama seorang kanak-kanak yang dijadikan tebusannya.

Menurut polis Hamburg, pasukannya berdepan situasi cemas selepas lelaki itu  merempuh penghadang keselamatan dengan kenderaannya meluru ke landasan lapangan terbang itu.

Semua pelepasan dan pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Hamburg itu dihentikan sejurus selepas kejadian itu yang berlaku sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan).

Jurucakap polis Hamburg mengesahkan lelaki itu bersama kanak-kanak berusia empat tahun berada di dalam kereta yang diparkir di bawah pesawat.    

Katanya, ramai anggota dan pegawai polis dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.

Menurutnya, insiden itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pertikaian hak penjagaan anak.

“Ibu mangsa memberitahu bahawa bapa kanak-kanak itu menghubunginya mengenai perbuatan tersebut,” katanya. 

Jelas jurucakap itu, pihaknya tidak mengesahkan kenyataan dikeluarkan sebelum ini bahawa lelaki itu mempunyai senjata dan melepaskan beberapa tembakan ke udara.

Sementara itu, jurucakap lapangan terbang mengesahkan sebanyak 286 penerbangan yang membawa lebih 34,500 penumpang terjejas akibat insiden tersebut. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya