Konflik Palestin: Bahrain putus hubungan ekonomi dengan Israel

Konflik Palestin: Bahrain putus hubungan ekonomi dengan Israel

PENUNJUK perasaan memijak bendera Israel dalam perhimpunan menyokong Palestin di Diraz, Bahrain. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Bahrain memanggil pulang dutanya di Israel dan membuat keputusan memutuskan semua perjanjian ekonomi dengan Tel Aviv.

Kenyataan yang dikeluarkan Parlimen Bahrain mengesahkan Duta Israel ke Bahrain sudah meninggalkan negara itu.

Jelas kenyataan itu, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan sokongan kuat Bahrain terhadap kebebasan dan hak rakyat Palestin, selain menentang kekejaman yang dilakukan Zionis.

“Majlis Perwakilan sudah mengesahkan tiada lagi Duta Israel di Bahrain dan duta negara itu ke Tel Aviv juga sudah dipanggil pulang.

“Bahrain perlu mengambil keputusan ini kerana tidak bersetuju dengan kekejaman Israel yang terus mengebom Gaza dan tidak mempedulikan nyawa penduduk yang tidak berdosa,” jelas kenyataan tersebut.

Selain itu, Pusat Komunikasi Kebangsaan Bahrain menyatakan tumpuan utama negara itu ketika ini adalah melindungi penduduk awam mengikut undang-undang antarabangsa.

Bahrain juga komited untuk menggesa pihak berkaitan supaya bantuan kemanusiaan yang lebih banyak dapat dihantar segera ke Gaza.

Negara itu turut menyatakan terdapat keperluan untuk menyelamatkan rantai ini daripada keganasan dan berusaha memastikan kestabilan yang mampan.

Pada September 2020, Bahrain menandatangani Perjanjian Abraham dengan Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya