Konflik Gaza: Blinken dijangka lawat Turkiye

Konflik Gaza: Blinken dijangka lawat Turkiye

ANTONY BLINKEN  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dijangka mengadakan lawatan kerja ke Turkiye pada hari ini.

Lapor BBC, menurut Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan, Blinken akan berada di negara itu sehingga petang esok.

“Setakat ini, tidak dapat dipastikan jadual perjalanan pemimpin itu termasuk dengan siapa beliau akan mengadakan pertemuan,” jelas laporan.

Minggu lalu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan Hamas sebagai kumpulan `pembebasan’ dan menuduh Israel melakukan jenayah perang.

Israel bertindak balas dengan mengarahkan pegawai diplomatnya di Turkiye untuk pulang.

Semalam, Turkiye memanggil pulang dutanya ke Israel berikutan keengganan negara itu untuk bersetuju melakukan gencatan senjata ketika konfliknya dengan Hamas semakin memuncak di Gaza.

Kementerian Luar Turkiye menyatakan keputusan itu dibuat adalah akibat daripada tragedi kemanusiaan yang berlaku di Gaza berikutan serangan berterusan Israel terhadap orang awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya