KUALA LUMPUR: Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur disenaraikan tempat kelapan secara global dan kedudukan ketiga di Asia bagi menjadi antara bandar terbaik untuk menetap.
Perkara itu dicapai berdasarkan tinjauan global yang dilakukan baru-baru ini.
Menurut Expat City Ranking, Kuala Lumpur ‘menyerlah’ antara 49 bandar di seluruh dunia yang termasuk dalam senarai berkenaan.
Secara global, Kuala Lumpur berada di kedudukan kelapan bandar terbaik untuk didiami, mengalahkan empat negara terkenal seperti Sepanyol, Mexcio City dan dua bandar di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Di peringkat Asia, Kuala Lumpur memegang posisi ketiga di belakang bandar Abu Dhabi dan Ras al-Khaimah di UAE.