Kilang dron kamikaze Iran rancak dibangunkan di Russia

Kilang dron kamikaze Iran rancak dibangunkan di Russia

IMEJ satelit menunjukkan kilang dron kamikaze Iran yang dalam pembinaan di Russia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Beberapa imej satelit menunjukkan kerja-kerja pembinaan sebuah kilang yang bakal mengeluarkan dron kamikaze secara besar-besaran di Russia, sedang rancak dilaksanakan.

Perkara itu didedahkan oleh sebuah organisasi penyelidikan di tengah-tengah dakwaan Moscow dijangka menggunakan dron rekaan Iran itu untuk menyasarkan fasiliti tenaga di Ukraine.

Menurut laporan Institut Sains dan Keselamatan Antarabangsa, di sebalik kemajuan kerja pembinaan itu, Amerika Syarikat (AS) mahupun sekutunya tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas pemilik kilang, JSC Alabuga atau syarikat berkaitannya.

Setakat ini, White House, kedutaan Russia dan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Iran masih belum memberi maklum balas berhubung isu berkenaan.

Laporan itu menyatakan imej satelit yang dirakam pada pertengahan September lalu menunjukkan kerja-kerja pembinaan baharu makin berkembang di kilang itu, yang secara tidak langsung dikaitkan dengan pelan lantai bangunan yang dikongsi oleh Washington Post dengan institut berkenaan pada awal tahun ini.

Berdasarkan dokumen lain didedahkan, bangunan itu akan digunakan untuk mengeluarkan dron Shahed-136 buatan Iran secara besar-besaran.

Ia juga akan digunakan untuk menambah baik proses fabrikasi Iran dan akhirnya memajukan keupayaan dron itu, jelas laporan.

Tambah laporan itu, imej satelit juga menunjukkan pembinaan struktur lain dan perimeter keselamatan baharu dengan pusat pemeriksaan.

“Ketika musim sejuk semakin menghampiri, Russia dijangka akan mempercepatkan serangan Shahed-136 terhadap infrastruktur tenaga penting Ukraine sehingga menyusahkan kehidupan orang awam.

“Langkah penting masih tertunggak adalah Washington belum mengenakan sekatan ke atas Alabuga dan syarikat berkaitannya,” jelas laporan itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya