Kesan virus selesema burung sangat mudah berjangkit, Jepun musnahkan 40,000 ekor burung - Utusan Malaysia

Kesan virus selesema burung sangat mudah berjangkit, Jepun musnahkan 40,000 ekor burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun mengesan kes pertama selesema burung jenis H5 yang sangat patogenik pada musim ini, di sebuah ladang ayam di selatan negara itu, lapor penyiar awam NHK hari ini.

Kata NHK, yang memetik sumber pegawai kementerian pertanian, kerajaan tempatan di wilayah Saga juga akan memusnahkan kira-kira 40,000 ekor burung di ladang itu.

Kata NHK, Perdana Menteri, Fumio Kishida akan memanggil menteri Kabinet yang berkaitan untuk membincangkan langkah mencegah penularan virus itu.

Laporan itu menyebut, virus itu dikesan hasil ujian genetik yang dijalankan selepas beberapa unggas ditemui mati di ladang berkenaan.

Selesema burung yang sangat patogenik sudah merebak ke seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga membawa kepada pemusnahan ratusan juta burung.

Di Jepun sahaja, sejumlah 17.7 juta unggas sudah dimusnahkan musim lalu, mendorong pihak berkuasa untuk terus berjaga-jaga

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya