Kes guru dibunuh selepas tunjuk karikatur Nabi Muhammad, 6 remaja dibicara

Kes guru dibunuh selepas tunjuk karikatur Nabi Muhammad, 6 remaja dibicara

PLAK memorial untuk guru subjek Sejarah, Samuel Paty yang maut dibunuh selepas menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW di dalam kelas pada Oktober 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seramai enam remaja menjalani perbicaraan bagi dakwaan teribat pembunuhan seorang guru mata pelajaran Sejarah, Samuel Paty, di sini semalam.

Dalam insiden yang berlaku 2020, Paty didakwa menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW di dalam kelas di hadapan para pelajarnya bagi mengajar’ kebebasan bersuara’.

Tindakannya mencetuskan kemarahan umat Islam di Perancis dan menuduh Paty sengaja menghina agama Islam.

Seorang daripada remaja yang didakwa itu termasuk seorang pelajar Paty yang berusia 15 tahun.

Pelajar perempuan itu didakwa memberitahu ibu bapanya mengenai tindakan Paty menunjukkan karikatur tersebut di dalam kelas, namun pelajar itu akan didakwa membuat kenyataan palsa kerana pada hari kejadian, dia tidak berada di dalam kelas.

Paty, 47, dibunuh di luar sekolah oleh seorang lelaki berusia 18 tahun yang berasal dari Chechen, Russia.

Suspek kemudiannya ditembak mati oleh polis yang dikerah ke lokasi kejadian.

Lima lagi remaja yang menghadiri perbicaraan tersebut akan didakwa terlibat dengan konspirasi jenayah atau serangan.

Kesemuanya didakwa menyebabkan Paty menjadi sasaran pembunuh berhubung kes karikatur tersebut.

Jika disabit kesalahan, kesemua remaja tersebut boleh dipenjara sehingga dua tahun setengah.

Perbicaraan itu akan berlangsung sehingga 8 Disember ini dan dilakukan secara tertutup.

Perancis menempatkan penduduk minoriti Islam terbesar di Eropah dan berdepan dengan pelbagai serangan bermotifkan agama sejak beberapa tahun lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya