Kereta terbelah dua, wanita hamil maut ketika ke hospital bersalin

Kereta terbelah dua, wanita hamil maut ketika ke hospital bersalin

KEADAAN kereta Onix dinaiki mangsa terbelah dua dan tercampak ke tengah jalan selepas kemalangan di Caceres, Brazil.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Seorang wanita hamil dan ibunya maut dalam insiden kemalangan tragis di Caceres,Brazil yang menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbelah dua.

Karolaine Vieira Palmeo, 26 dan bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas kereta Onix dipandu suaminya bertembung dengan kenderaan lain ketika mereka dalam perjalanan ke hospital di Cuiabá untuk bersalin.

KAROLAINE Vieira Palmeo

Kenderaan lain itu didakwa melintas ke laluan bertentangan kerana permukaan jalan basah dan gambar menunjukkan kereta Onix dinaiki mangsa rosak teruk selepas terbelah dua dengan sebahagiannya tercampak ke tengah jalan.

Ibu Palmeo, Ivonete yang turut berada di dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian sementara suaminya mengalami patah tulang ringan dan masih dirawat di hospital.

Palmeo dilaporkan dibawa ke hospital dan kehilangan bayinya sebelum meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Palmeo yang bekerja sebagai guru sebelum itu sangat teruja untuk menimang cahaya mata selepas dia mengalami dua kali keguguran.

“Hancur luluh hati kami. Semua sanak saudara teruja ketika mereka bersiap ke hospital dengan harapan mereka akan kembali membawa seorang lagi ahli keluarga baharu, tetapi sebaliknya ketiga-tiganya pergi meninggalkan kami.

“Palmeo sangat disayangi keluarga. Impiannya adalah untuk menjadi seorang ibu.

“Sebelum ini dia mengalami dua keguguran kerana mempunyai trombofilia. Kehamilannya sangat sukar, itulah sebabnya dia mengambil risiko pergi ke Cuiaba,” kata sepupu mangsa, Maria Julia Palermo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya