Kebakaran hutan California paksa ribuan penduduk berpindah

Kebakaran hutan California paksa ribuan penduduk berpindah

HELIKOPTER bomba mengugurkan air di kawasan kebakaran hutan di Aguana, California. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMECULA: Kebakaran hutan di California Selatan dilaporkan memusnahkan kawasan seluas 900 hektar, kata pihak berkuasa.

Malah, kebakaran hutan yang diburukkan lagi dengan angin kencang, turut menyebabkan arahan pemindahan dikeluarkan bagi kira-kira 5,700 penduduk termasuk 4,000 orang di Riverside County.

Kebakaran hutan dikenali sebagai Highland Fire dikatakan meningkat hampir dua kali ganda saiznya semalaman.

Ia merebak ke arah barat selepas disebarkan oleh angin Santa Ana.

Fenomena bermusim berlaku apabila angin gurun kering bertiup ke arah lautan sehingga mencetuskan risiko kebakaran di California Selatan.

Highland Fire yang berlaku di kawasan luar bandar tenggara Los Angeles turut menjejaskan sebuah lebuh raya, selain memusnahkan sekurang-kurangnya sembilan bangunan.

Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire) memaklumkan kebakaran itu masih tidak dapat dikawal setakat pagi semalam.

Menurut jabatan itu, pasukan bomba yang berada di lokasi sedang berusaha memadamkan kebakaran itu, manakala helikopter turut digunakan dalam operasi berkenaan.

Jabatan Bomba Riverside County mengeluarkan arahan pemindahan kepada ribuan penduduk di daerah itu termasuk bandar kecil Aguanga, lokasi kebakaran bermula pada Isnin lalu.

Pihak berkuasa menubuhkan pusat perlindungan untuk penduduk dan sebuah lagi dibuka bagi haiwan.

Sementara itu, Cal Fire memaklumkan punca kebakaran hutan itu masih sedang disiasat.

Jelasnya, kebakaran itu dilihat sebagai ancaman berterusan dengan beberapa jalan sudah ditutup dan arahan pemindahan penduduk berkuat kuasa.

Setakat ini, California Selatan hanya mengalami kebakaran ringan pada tahun 2023, selepas hujan lebat luar biasa termasuk ribut tropika pertama melanda kawasan padat dengan penduduk di negeri itu dalam tempoh 84 tahun. – REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya