Kate Middleton, Meghan Markle empat tahun tak bercakap

Kate Middleton, Meghan Markle empat tahun tak bercakap

KATE Middleton dan Meghan Markle didakwa sudah tidak bercakap antara satu sama lain sejak tahun 2019.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ahli biografi kontroversi, Omid Scobie mendedahkan Kate Middleton dan Meghan Markle sudah tidak lagi bertegur sapa sejak lebih empat tahun lalu.

Menerusi tulisan dalam majalah Perancis untuk mempromosikan buku baharunya mengenai keluarga diraja, Scobie juga mendakwa Puteri Wales lebih banyak menghabiskan masa bercakap tentang Duchess of Sussex daripada berkomunikasi empat mata dengannya.

Scobie turut mendakwa Putera Harry dan Meghan menghantar hadiah kepada tiga anak Kate pada Krismas lalu, tetapi Duke dan Duchess of Cambridge tidak memberi sebarang respon walaupun dengan menghantar pesanan mesej.

Pengarang itu turut mengulangi dakwaan sebelum ini bahawa Duchess of Sussex tidak mahu menjejakkan kaki ke England dan enggan terlibat dalam monarki Britain lagi.

Tetapi beliau mendedahkan, Harry bersedia untuk melupakan masalah dengan keluarganya dan sudah berputus asa untuk mendapatkan permintaan maaf atau penjelasan yang dituntut sebelum ini.

Perkara itu muncul dalam artikel diterbitkan majalah Paris Match mengenai buku kedua tulisan Scobie bertajuk Endgame: Inside the Royal Family and the Monarchy’s Fight for Survival.

Artikel tersebut turut menyiarkan petikan yang menggabungkan pendapat Scobie sendiri tentang keadaan keluarga diraja menjelang pelancaran bukunya Selasa ini.

Buku pertama, Finding Freedom mengisahkan percintaan, perkahwinan dan keputusan Harry dan Meghan untuk menarik diri sebagai kerabat diraja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya