Karachi kalahkan New Delhi sebagai bandar paling tercemar di dunia - Utusan Malaysia

Karachi kalahkan New Delhi sebagai bandar paling tercemar di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Karachi, bandar terbesar di Pakistan mendahului senarai bandar paling tercemar di dunia dengan pihak berkuasa tidak berdaya untuk mengekang pencemaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kualiti udara bandar pelabuhan itu mencatatkan paras 227, menjadikannya bandar paling tercemar di dunia pada Ahad, menurut badan pemikir alam sekitar global IQAir.

Sementara itu, Lahore bandar kedua terbesar di negara itu menduduki tempat ketiga.

Kerajaan wilayah Punjab mewajibkan penduduk di 10 daerah yang dilanda kabus asap memakai pelitup muka selama seminggu.
“Utamakan kesihatan merupakan tanggungjawab kita bersama. Sila patuhi garis panduan untuk kehidupan komuniti yang lebih selamat,” kata Ketua Menteri Punjab Mohsin Naqvi di X.

Pada Sabtu, sekatan pergerakan dilaksanakan di daerah yang terjejas untuk menangani peningkatan tahap pencemaran udara dengan mengurangkan pelepasan berkaitan oleh industri dan pengangkutan.

Institusi pendidikan dan pejabat juga ditutup.

Kabus asap menyelubungi sekurang-kurangnya 10 daerah di wilayah Punjab tengah, termasuk ibu negerinya Lahore yang mempunyai lebih 11 juta penduduk.

Pihak berkuasa Pakistan menyalahkan pelepasan industri, asap dari tanur bata dan kenderaan, pembakaran sisa tanaman dan sisa am sebagai punca pencemaran udara dan kabus asap di Lahore.

Pakistan bertanggungjawab untuk kurang daripada satu peratus pelepasan karbon global, namun merupakan antara 10 negara teratas paling terdedah kepada perubahan iklim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya