‘Kami kecewa Hezbollah enggan perang dengan Israel’

‘Kami kecewa Hezbollah enggan perang dengan Israel’

PEJUANG Hezbollah mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan di Aaramta, Lubnan yang bersempadan dengan Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Seminggu selepas memberikan ucapan mengenai serangan Israel di Gaza dan mengumumkan Hezbollah tidak akan berperang dengan Zionis, kumpulan itu sekali lagi mengulangi pendirian tersebut.

Biarpun Hezbollah terus membalas serangan Israel di selatan Lubnan, pemimpinnya, Hassan Nasrallah berkat, perang dengan Israel ‘akan menjadi panjang dan mengambil masa yang lama untuk meraih kemenangan’.

Kenyataan itu secara tidak langsung mengecewakan penduduk Palestin di Sabra dan Shatila, iaitu kem pelarian yang didirikan di negara ini.

“Saya mahu Nasrallah isytihar perang dengan Israel, saya mahu Hezbollah bantu akhiri pendudukan Zionis di bumi Palestin.

“Kami tahu Hezbollah bertempur dengan Israel, namun kami mahukan lebih dari itu,” kata seorang daripada rakyat Palestin, Abdallah.

Lelaki itu merupakan seorang daripada hampir 250,000 penduduk Palestin yang tinggal di beberapa kem pelarian di Lubnan sejak mereka diusir dari tanah air sendiri pada 1948.

Seorang lagi penduduk Palestin di Lubnan, Majid berkata, dia kecewa apabila Hezbollah mengambil tindakan ‘selamat’.

“Kami sangkakan Hezbollah akan membantu Hamas dengan menyerang Israel, namun jangkaan kami meleset.

“Kenyataan Nasrallah tidak menggambarkan perjuangan sebenar Hezbollah,” ujarnya.

Dalam pada itu, penganalisis kumpulan pemikir Atlantik Council, Nicholas Blanford berkata, Hezbollah yang disokong Iran sebenarnya lebih memikirkan situasi domestik mereka.

Katanya, mengheret Lubnan ke dalam kancah peperangan tidak akan membantu Hezbollah.

“Perang antara Israel dengan Hezbollah boleh mencetuskan kekacauan awam di Lubnan,” katanya.

Sementara itu, beberapa penduduk Palestin pula berpendapat, Hezbollah sudah ‘melakukan yang terbaik’ dalam membantu Gaza.

Sebaliknya, mereka menuduh Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mengheret Palestin dalam konflik berterusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya