Jutawan AS sibuk kumpul dana tingkat imej Zionis, burukkan Hamas

Jutawan AS sibuk kumpul dana tingkat imej Zionis, burukkan Hamas

PENUNJUK perasaan memakai topeng putih sebagai protes terhadap kekejaman Israel di Gaza dalam demonstrasi di Austin, Texas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jutawan hartanah di Amerika Syarikat (AS), Barry Sternlicht melancarkan kempen mengumpul sokongan untuk meningkatkan imej Israel serta memburuk-burukkan Hamas.

Kempen ‘Facts for Peace’ dinaungi Josh Vlasto iaitu ahli strategi komunikasi yang pernah bekerja dengan Senator AS, Chuck Schumer dan bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo itu dilancarkan ketika bantahan solidariti pro-Palestin sedang hangat di seluruh dunia.

Al Jazeera melaporkan kempen itu dilancarkan bertujuan mengumpul dana bernilai jutaan dolar daripada puluhan nama besar dunia media, kewangan dan teknologi.

Laporan itu menyebut, rayuan tersebut dikemukakan kepada lebih 50 individu, termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt; Ketua Pegawai Eksekutif Dell, Michael Dell dan pembiaya, Michael Milken.

Gabungan individu berkenaan memiliki nilai pendapatan bersih kira-kira AS$500 bilion (RM2.35 trilion).

Kempen berkenaan sudah mengumpul beberapa juta dolar setakat ini, namun tiada perincian mengenai individu yang memberi sumbangan.

Beberapa individu, seperti pelabur Bill Ackman, secara terbuka mengancam untuk menyenaraihitamkan pelajar pro-Palestin yang mengkritik Israel.

Ackman menerusi aplikasi X pada 10 Oktober lalu, memberitahu dia dan eksekutif perniagaan lain mahu universiti Ivy League mendedahkan nama pelajar daripada organisasi yang menandatangani surat terbuka yang mengkritik dasar Israel di Gaza.

Barry pula menyatakan kempen berkenaan akan membantu Israel ‘mendahului naratif’ selepas dunia bertindak balas terhadap serangan bertalu-talu rejim Zionis di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata, kempen itu menyasarkan untuk menjenamakan Hamas sebagai ‘organisasi pengganas yang ‘bukan hanya musuh Israel, tetapi juga AS’.

Selain itu, katanya, ia bermatlamat untuk mengumpul derma peribadi bernilai AS$50 juta (RM235.4 juta) yang akan dipadankan dengan sumbangan daripada badan amal Yahudi.

AS dan Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini, mengkategorikan Hamas sebagai organisasi ‘pengganas’ susulan penentangan bersenjata terhadap pendudukan Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya