Juruterbang berhalusinasi selepas makan 'cendawan ajaib'

Juruterbang berhalusinasi selepas makan ‘cendawan ajaib’

JOSEPH EMERSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Juruterbang yang cuba mematikan enjin jet Alaska Airlines bulan lalu mengakui tidak berniat untuk mencederakan sesiapa tetapi mengalami halusinasi selepas mengambil ‘cendawan ajaib’.

Joseph Emerson, 44, mengaku tidak bersalah atas 83 pertuduhan cubaan membunuh penumpang dan anak kapal pesawat.

Emerson memberitahu, dia mengambil dadah jenis Psilocybin atau lebih dikenali sebagai ‘cendawan ajaib’ itu dua hari sebelum kejadian semasa memperingati kematian kawan baiknya pada percutian hujung minggu.

Selepas pesawat membuat pendaratan cemas di Portland, Oregon, Emerson memberitahu polis dia mengalami gangguan saraf, tidak tidur selama 40 jam dan bergelut dengan kemurungan selama berbulan-bulan.

Menurut afidavit, Emerson sempat memberi amaran kepada seorang pramugari supaya menggarinya segera sebelum keadaan bertambah buruk.

“Saya fikir apabila menghentikan kedua-dua enjin, pesawat akan mula menuju ke arah nahas dan akan membuatkan saya tersedar kembali.

“Saya berasa sangat takut tindakan itu meletakkan diri saya dan orang lain dalam keadaan bahaya.

“Krew kabin ketika itu terpaksa mengendalikan situasi kecemasan yang tidak pernah dinyatakan dalam manual, senarai semak atau prosedur secara bertulis,” katanya kepada New York Times dalam wawancara yang diterbitkan Jumaat lalu.

Emerson mengakui tidak menangani masalah kesihatan mentalnya kerana takut kehilangan lesen juruterbang sebelum akhirnya ditangkap akibat kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya