Jumlah korban di Gaza cecah 13,000 orang

Jumlah korban di Gaza cecah 13,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Angka kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel secara berterusan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu, kini mencecah 13,000 orang.

Data itu dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan di Gaza.

Menurut kementerian kesihatan, lebih 5,500 kanak-kanak dan 3,500 wanita antara mangsa yang maut.

Selain itu, jelas kementerian, kira-kira 30,000 penduduk lagi dilaporkan cedera.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan pihaknya tidak dapat mengemukakan jumlah mangsa maut dan cedera dengan tepat kerana pertempuran sengit menghalang pihaknya daripada mengambil mayat.

Malah, jelas kementerian, ambulans yang cuba mengambil mayat berkenaan menjadi sasaran serangan Israel. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya