'Jika ada neraka di dunia, utara Gazalah tempatnya' - Utusan Malaysia

‘Jika ada neraka di dunia, utara Gazalah tempatnya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Lebih 100,000 penduduk Palestin di utara Gaza berpindah ke selatan wilayah itu dalam tempoh dua hari.

Penduduk berpusu-pusu berjalan kaki bersama golongan warga emas dan kanak-kanak sambil membawa barang keperluan mereka.

“Serangan tentera Israel di bahagian utara Gaza sudah tiba ke kemuncaknya, semuanya hancur di sana,” kata koresponden Al- Jazeera, Tareq Abu Azzoum.

Selain itu, pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memaklumkan pihaknya tidak dapat menghantar bantuan ke utara Gaza berikutan serangan Zionis yang bertali arus.

PBB menyatakan, masih ramai penduduk di utara wilayah itu tidak dapat berpindah ekoran pelbagai faktor.

“Jika di dunia ada neraka, utara Gazalah tempatnya,” ujar jurucakap Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Penyelarasan Kemanusiaan (OCHA), Jens Laerke.

Keadaan di utara Gaza ketika ini amat genting dengan banyak infrastruktur musnah, termasuk kediaman penduduk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya