Israel tularkan rakaman papar tebusan dibawa ke hospital al-Shifa

Israel tularkan video papar tebusan dibawa ke hospital al-Shifa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Tentera Israel menularkan sebuah rakaman video kononnya memaparkan tebusan sedang dibawa ke hospital al-Shifa di Gaza selepas serangan mengejut kumpulan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Malah, jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa seorang daripada anggota pasukan mereka dibunuh di lokasi berkenaan.

Lapor BBC, jurucakap IDF, Daniel Hagari mendakwa koperal Noa Marciano, 19, dibunuh selepas dibawa ke hospital al-Shifa setelah mengalami cedera ringan.

“Pagi tadi, kami memaklumkan kepada keluarga Noa bahawa berdasarkan penemuan kami, Noa diculik dan ditempatkan di sebuah rumah berhampiran Shifa.

“Semasa tentera Israel melancarkan serangan di kawasan itu, pejuang Hamas yang menahan Noa terbunuh dan dia pula mengalami kecederaan kecil dalam kejadian tersebut.

“Noa dibawa ke hospital al-Shifa yang mana dia dibunuh oleh pejuang Hamas yang lain,” dakwa Hagari.

Hagari kemudian memainkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwanya kejadian berlaku pada pagi 7 Oktober lalu.

Video itu menunjukkan dua tebusan dibawa masuk ke hospital terbesar di Semenanjung Gaza.

Setakat ini, BBC tidak dapat mengesahkan kesahihan rakaman video yang dikemukakan oleh IDF dalam satu taklimat berita semalam.

Sebelum ini, kumpulan pejuang Hamas memaklumkan Marciano terbunuh dalam serangan udara Israel pada 9 November lalu.

Terdahulu, Israel mendakwa sebuah terowong bawah tanah ditemukan di tapak itu yang dipercayai merupakan pusat arahan Hamas.

Bagaimanapun, kumpulan Hamas menafikan dakwaan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya