Israel tidak mahu menduduki, tadbir Gaza - Netanyahu

Israel tidak mahu menduduki, tadbir Gaza – Netanyahu

LIMA beradik menikmati makanan di celah runtuhan rumah mereka akibat dibedil serangan udara Zionis di Rafah, Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan wilayah haram itu ‘tidak berniat’ untuk menduduki atau mentadbir Gaza selepas menumpaskan Hamas.

Namun, ‘kehadiran tentera Israel’ diperlukan di wilayah itu bagi membendung kegiatan keganasan.

Pada awal minggu ini, Netanyahu menggambarkan Israel akan ambil alih pentadbiran di Gaza selepas perang tamat dan kenyataannya dikecam pelbagai pihak, selain turut dibantah Amerika Syarikat (AS).

Washington kelmarin menegaskan mereka membantah rancangan Israel dan menyifatkannya sebagai tidak wajar.

“Kami tidak mahu menduduki Gaza, kami tidak mahu mentadbir Gaza dan kami tidak mahu menguasai Gaza.

“Perlu ada kerajaan awam di Gaza, namun Israel akan memastikan serangan Hamas pada 7 oktober lalu tidak lagi berulang.

“Untuk itu, kita mungkin perlukan pasukan yang memasuki Gaza dan menumpaskan mana-mana pihak yang mendatangkan bahaya dan keganasan,” kata Netanyahu.

Beliau turut menyatakan, selepas perang berakhir, Gaza perlu ‘dibina dan dibangunkan semula, malah perlu dikawal oleh tentera’

AS pula sebelum ini mencadangkan supaya Pihak Berkuasa Palestin (PA) supaya mentadbir Gaza menggantikan Hamas.

Namun, kebanyakan penduduk di wilayah itu enggan ditadbir PA dan tetap memilih Hamas untuk memperjuangkan hak mereka.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pula memberitahu, rancangan untuk kembalikan pentadbiran PA di Gaza perlu seiring dengan penyelesaian politik yang akan menamatkan kepungan Israel di wilayah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya