Israel terima, semak senarai kedua tebusan dijangka bebas hari ini - Utusan Malaysia

Israel terima, semak senarai kedua tebusan dijangka bebas hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel mendakwa mereka sudah menerima dan sedang menyemak senarai kedua tebusan yang akan dibebaskan dari Gaza pada hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang berikrar untuk membebaskan semua tebusan diculik Hamas dalam serangan 7 Oktober lalu.

Pertukaran tebusan untuk tahanan itu dilakukan ketika pemberhentian sementara pertempuran selama empat hari yang dipersetujui kedua-dua pihak, termasuk membenarkan kemasukan konvoi bantuan bekalan kemanusiaan ke Gaza.

Bagaimanapun, Israel dan Hamas buat masa sekarang bertegas akan meneruskan peperangan sebaik sahaja tempoh bertenang empat hari itu tamat.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, pula berharap langkah perdamaian pertama itu menjadi asas untuk mencapai keamanan berkekalan di wilayah bergolak itu dengan menghidupkan semula rumusan dua negara Israel-Palestin.

Israel melancarkan serangan udara di kawasan yang dikuasai Hamas, membunuh kira-kira 15,000 penduduk Gaza, dengan lebih 40 peratus daripada mereka kanak-kanak.

Ratusan ribu daripada 2.3 juta penduduk Gaza pula meninggalkan rumah mereka, kebanyakannya di bahagian utara.

Tebusan yang dibebaskan semalam ditukar dengan 24 wanita Palestin dan 15 remaja yang dipenjarakan oleh Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya