Israel setuju gencatan senjata empat hari di Gaza

Israel setuju gencatan senjata empat hari di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata selama empat hari yang akan menyaksikan kumpulan pejuang membebaskan tebusan yang diculik pada 7 Oktober lalu.

Kabinet Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meluluskan perjanjian itu selepas mesyuarat hampir sepanjang malam.

“Ini adalah keputusan yang sukar tetapi ia adalah keputusan yang tepat,” kata Netanyahu.

Menurut seorang jurucakap kerajaan, di bawah perjanjian itu sekurang-kurangnya 50 tebusan Israel dan warga asing akan dibebaskan sebagai balasan untuk tempoh tenang selama empat hari dalam operasi ketenteraan di Gaza.

Katanya, bagi setiap 10 tebusan tambahan yang dibebaskan, akan ada tambahan hari gencatan senjata.

Hamas mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan gencatan senjata kemanusiaan, yang dikatakan juga akan menyaksikan 150 rakyat Palestin dibebaskan dari penjara Israel.

Masih tidak jelas waktu gencatan senjata itu akan berkuat kuasa namun kerajaan berkata tebusan pertama yang akan dibebaskan ialah wanita dan kanak-kanak.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya