WASHINGTON: Israel dan kumpulan pejuang Hamas bersetuju untuk melakukan gencatan senjata dan membebaskan tebusan.
Perkara itu dilaporkan oleh Washington Post.
Persetujuan itu dicapai selepas Amerika Syarikat (AS) menjadi orang tengah melakukan rundingan dengan Israel dan Hamas.
Sebelum ini, laporan menyatakan Israel dan Hamas hampir mencapai perjanjian bagi pembebasan puluhan wanita dan kanak-kanak yang dijadikan tebusan di Gaza sebagai pertukaran untuk gencatan senjata selama lima hari. – AFP