Israel benarkan bahan api untuk trak PBB di Gaza

Israel benarkan bahan api untuk trak PBB di Gaza

TRAK membawa bantuan kemanusiaan memasuki selatan Semenanjung Gaza dari Mesir melalui lintasan sempadan Rafah. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Israel membenarkan bekalan bahan api untuk kegunaan trak misi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber misi bantuan kemanusiaan.

Jelas sumber itu, trak berkenaan akan menerima sebanyak 24,000 liter bahan api diesel.

Bagaimanapun, menurut sumber, bekalan bahan api itu hanya untuk kegunaan trak PBB dan bukannya bagi hospital. 

Malah, tambahnya, Amerika Syarikat (AS) mendesak PBB supaya menerima bekalan bahan api tersebut.

Terdahulu, Times of Israel melaporkan rejim zionis itu akan membenarkan trak Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza mengisi minyak di persimpangan Rafah Mesir.

Sumber Israel memberitahu Walla bahawa pelan itu akan menyaksikan trak UNRWA diisi minyak dengan bekalan 48 jam dan akan menerima bekalan dua hari lagi sebaik sahaja yang pertama kehabisan.

Sebelum ini, UNRWA memberi amaran operasi bantuan kemanusiaan di Gaza akan dihentikan dalam tempoh dua hari berikutan kekurangan bahan api ketika pertempuran semakin sengit antara Israel dan Hamas. 

“Misi kemanusiaan di Gaza akan terhenti dalam tempoh 48 jam akan datang kerana tiada bahan api dibenarkan memasuki Gaza,” ketua UNRWA Gaza, Thomas White. – REUTERS/AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya