Israel arah hospital Al-Shifa dikosongkan dalam tempoh sejam

Israel arah hospital Al-Shifa dikosongkan dalam tempoh sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Tentera Israel mengarahkan Hospital Al-Shifa dikosongkan `dalam masa sejam berikutnya’.

Arahan menerusi pembesar suara yang didengari oleh seorang wartawan AFP ketika membuat liputan berita di tempat kejadian.

Arahan itu dikeluarkan ketika pasukan tentera Israel menyerbu fasiliti berkenaan untuk menyerang tempat persembunyian kumpulan pejuang Hamas.

Hospital Al-Shifa yang kemudahan perubatan terbesar di Gaza, menjadi tumpuan konflik Israel-Hamas, yang kini memasuki minggu ketujuh selepas serangan 7 Oktober lalu.

Israel mendakwa Hamas mengendalikan pangkalan di bawah hospital Al-Shifa.

Bagaimanapun, hamas menafikan dakwaan berkenaan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 2,300 pesakit, kakitangan dan penduduk Palestin yang berpindah akibat serangan Israel berlindung di hospital berkenaan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan puluhan orang meninggal dunia disebabkan bekalan elektrik terputus di hospital tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya