Indonesia hantar 51.5 tan bantuan ke Gaza

Indonesia hantar 51.5 tan bantuan ke Gaza

gaza
JOKOWI memeriksa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, Jakarta.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menghantar 51.5 tan bantuan kemanusian bernilai AS$2 juta (RM9.45 juta) kepada penduduk Palestin di Gaza.

Bantuan tersebut diserahkan secara rasmi oleh Presiden, Joko Widodo (Jokowi) di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur.

Timbalan Menteri Luar, Pahala Mansury berkata, bantuan yang disalurkan itu merupakan hasil sumbangan Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan kutipan dana daripada masyarakat setempat.

Pahala menjelaskan, bantuan tersebut dibawa oleh pesawat Hercules dari Kementerian Pertahanan dan pesawat yang disewa oleh pasukan polis.

“Memang kita ada dua buah pesawat Hercules sumbangan Kementerian Pertahanan untuk membawa kapasiti keseluruhan lebih kurang 26 tan bantuan dan pesawat yang disewa oleh  pasukan polis pula membantu membawa 25 tan lagi,” katanya.

Menurut beliau, bantuan tersebut melibatkan  ubat-ubatan, pakaian, khemah, peralatan perubatan dan makanan. 

Katanya, selepas menyelesaikan penghantaran bantuan tersebut, pihaknya akan segera menguruskan peringkat kedua sumbangan daripada pembiayaan Tabung Kerjasama Pembangunan Antarabangsa (LDKPI).

“Bagi bantuan fasa kedua, penghantaran ubat-ubatan dan peralatan perubatan akan diutamakan. Bantuan yang dihantar akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebelum dibawa ke sempadan Mesir dengan Gaza.

“Kemudian penyampaian bantuan kepada penduduk di Gaza dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA),” jelasnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya