Iceland isytihar darurat akibat kebimbangan letusan gunung berapi

Iceland isytihar darurat akibat kebimbangan letusan gunung berapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REYKJAVIK: Iceland mengisytiharkan darurat selepas beberapa siri gempa bumi mencetus kebimbangan berlakunya letusan gunung berapi.

Pihak berkuasa mengarahkan beribu-ribu penduduk yang tinggal di bandar barat daya Grindavík untuk berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.

Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) berkata, perubahan ketara berlaku dalam aktiviti seismik dengan gegaran bergerak ke arah Grindavík sepanjang hari dan sejumlah besar ‘terowong magma’ merebak di bawah tanah kawasan berkenaan.

Beribu-ribu gegaran turut direkodkan di sekitar gunung berapi Fagradalsfjall sejak beberapa minggu lalu yang berpusat di Semenanjung Reykjanes.

Kawasan tersebut dilaporkan kekal tidak aktif kepada aktiviti gunung berapi selama 800 tahun sebelum letusan tercetus pada 2021.

Semalam, peningkatan aktiviti seismik di kawasan itu mendorong penutupan mercu tanda Blue Lagoon yang terlertak berhampiran.

Semua jalan masuk ke bandar yang menempatkan lebih 4,000 orang itu ditutup selain untuk kecemasan bagi memastikan kelancaran trafik keluar masuk.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya