Houthi rampas kapal kargo Israel di Laut Merah - Utusan Malaysia

Houthi rampas kapal kargo Israel di Laut Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Pemberontak Houthi Yaman mendakwa berjaya merampas sebuah kapal kargo milik Israel yang melalui selatan Laut Merah.

Susulan kejadian itu, Israel menyifatkan insiden terbabit sebagai ‘tindakan keganasan oleh Iran’ yang mengancam keselamatan maritim antarabangsa.

Jurucakap Houthi, Yahya Saree yang mengakui kejadian itu berkata, pihaknya melayani semua anak kapal mengikut prinsip dan nilai Islam.

“Pasukan tentera laut Angkatan Bersenjata Yaman menjalankan operasi ketenteraan di Laut Merah dan hasilnya melakukan rampasan sebuah kapal Israel dan kemudian membawanya ke pantai Yaman.

“Sekurang-kurangnya 22 individu menaiki kapal dikenali sebagai Galaxy Leader yang sebahagiannya dilaporkan dimiliki oleh ahli perniagaan Israel dan ia dalam perjalanan dari Turkiye ke India.

“Pihak kami menerima pengesahan daripada pegawai Houthi bahawa mereka merampas kapal itu. Semalam, mereka mengumumkan permulaan operasi untuk menyerang kapal-kapal mempunyai bendera Israel dan memberi amaran kepada pelayar antarabangsa supaya tidak bekerja untuk syarikat dari negara itu,” katanya.

Saree turut memberi amaran mana-mana kapal milik Israel atau mereka yang menyokongnya akan menjadi sasaran Houthi.

“Kami mengesahkan operasi ketenteraan terhadap Israel akan berterusan sehingga pencerobohan dan jenayah terhadap saudara kami di Gaza dan Tebing Barat berhenti,” katanya.

Houthi yang disokong oleh Tehran, melancarkan beberapa serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel sejak serangan terbaharu ke atas Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya