Hezbollah enggan 'burukkan konflik dengan Israel' - Utusan Malaysia

Hezbollah enggan ‘burukkan konflik dengan Israel’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Ketua hezbollah, Hasan Nasrallah semalam menggesa supaya gencatan senjata dilakukan di Gaza, namun beliau enggan ‘memburukkan lagi konflik dengan Israel’, sekali gus meredakan semua penduduk Lubnan yang bimbang jika berlaku perang.

Nasrallah mendakwa serangan Hamas pada 7 Oktober lalu di wilayah Israel dilancarkan tanpa pengetahuan Hezbollah.

Sebaliknya, beliau menuduh apa yang berlaku di Gaza ketika ini adalah berpunca daripada Amerika Syarikat (AS).

Beliau juga menekankan tidak mustahil Hezbollah boleh berperang dengan Israel jika Zionis terus menyerang Gaza.

“Terdapat kebimbangan mengenai negara ini berdepan dengan perang yang lebih luas dan situasi itu boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Pihak musuh perlu berwaspada,” katanya.

Sehingga kini, konflik hanya tercetus di selatan Lubnan, menyaksikan pejuang hezbollah bertempur dengan tentera Israel dan saling berbalas tembakan.

Lebih 70 orang terbunuh di Lubnan sejak perang Palestin-Gaza bermula.

Kebanyakannya adalah pejuang Hezbollah dan penduduk awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya