Hartawan bawa 1,200 pekerja bercuti ke Disneyland

Hartawan bawa 1,200 pekerja bercuti ke Disneyland

KEN Griffith membawa 1,200 kakitangan bersama keluarga mereka menikmati percutian di Disneyland Tokyo. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang majikan berstatus hartawan di Amerika Syarikat (AS) sanggup membelanja ribuan pekerjanya percutian mewah ke Disneyland untuk meraikan ulang tahun syarikatnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Citadel LLC dan pengasas Citadel Securities, Ken Griffith membawa 1,200 kakitangan yang bekerja di pejabat Asia Pasifik ke Disneyland Tokyo untuk meraikan ulang tahun ke-20 dan ke-30 kedua-dua syarikat berkenaan.

KEN GRIFFITH

Pekerja dari pejabat Hong Kong, Singapura, Sydney, Shanghai, Tokyo dan Gurugram dijemput bersama keluarga mereka untuk beriadah sepanjang hari di Disneyland Tokyo dan pusat peranginan DisneySea.

Griffith yang dikatakan memiliki nilai kekayaan sebanyak 36 juta pound (RM209.61 juta), menampung perbelanjaan semua pekerja itu termasuk kos perjalanan, hiburan dan penjagaan kanak-kanak.

Malah, taikun perniagaan itu juga memastikan para pekerjanya dapat menikmati tunggangan mainan tanpa perlu menunggu lama dengan diberikan pas laluan pantas beberapa permainan termasuk Flying Dumbo dan Pirates of the Caribbean.

Sebagai tambahan kepada pakej percutian mewah itu, Griffin turut menyediakan hiburan kepada pekerjanya dengan mengadakan konsert Maroon 5 dan Calvin Harris secara tertutup.

Dilaporkan, harga pas sehari untuk ke taman hiburan itu berjumlah 10,900 yen (RM343.70).

Ini bermakna bayaran untuk tiket sahaja menelan perbelanjaan melebihi 70,000 pound (RM407,612).

Ini bukan pertama kali hartawan itu membelanja pekerjanya percutian mewah.

Tahun lalu, Griffin membawan 10,000 kakitangan bersama keluarga mereka mengunjungi Walt Disney World selama tiga hari, termasuk mengadakan beberapa konsert pop.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya