Harga bekalan gandum, sayur-sayuran melonjak tinggi di Gaza

Harga bekalan gandum, sayur-sayuran melonjak tinggi di Gaza

RAKYAT Palestin beratur untuk menerima makanan di dapur amal sementara di Rafah di selatan Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Biro Perangkaan Pusat Palestin berkata, harga makanan melambung tinggi di Gaza ketika pengeboman Israel ke atas wilayah itu memuncak bulan lalu.

Biro tersebut menggelar lonjakan pada bulan Oktober sebagai fenomena yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Ketika ini rakyat Palestin mengambil kesempatan untuk menyimpan stok barang keperluan pada hari kedua perjanjian gencatan senjata.

Lapor Al Jazeera, beribu-ribu orang dilihat berkerumun di sekitar gerai dan kedai di pasar Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza untuk mencari bekalan makanan yang sangat diperlukan dengan orang ramai beratur panjang untuk membeli gandum dan barangan asas lain.

Biro itu berkata, harga makanan dan minuman meningkat sebanyak 10 peratus pada Oktober.

Namun sayur-sayuran dan tepung gandum masing-masing mencatatkan kenaikan 32 dan 65 peratus sementara harga air bersih pula melonjak hampir 100 peratus.

Israel menggantung penghantaran bantuan ke wilayah itu selepas konflik meletus pada 7 Oktober lalu hingga banyak kedai roti terpaksa ditutup kerana kekurangan tepung gandum, air dan bahan api.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan kemanusiaan sudah lama memberi amaran tentang kemungkinan masalah kebuluran dan penyebaran penyakit.

PBB berkata, gencatan senjata antara Israel dan Hamas membolehkan badan itu meningkatkan jumlah penghantaran makanan, air dan ubat-ubatan sejak konvoi membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza disambung semula pada 21 Oktober lalu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, semalam pihaknya menghantar 61 trak membawa bantuan ke Gaza City dan utara Gaza selepas penduduknya diarahkan oleh tentera Israel untuk berpindah.

PBB berkata, awal bulan ini orang yang tinggal di utara berdepan kesukaran besar untuk bertahan hidup hingga terpaksa berlapar atau mengurangkan makan dan menggunakan kaedah berbahaya serta tidak sihat bagi menyalakan unggun api.

“Penghantaran terbaharu ini adalah yang terbesar sejak perang bermula. Trak itu dimuatkan dengan barangan makanan, air, ubat penjagaan kesihatan primer dan bekalan perubatan kecemasan,” kata PRCS di laman X.

Menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA), sejumlah 200 lagi trak dihantar ke Semenanjung Gaza dari Nitzana, Israel dengan 187 daripadanya sudah melepasi sempadan

OCHA dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 129,000 liter bahan api menyeberang ke Gaza bersama empat trak yang membawa gas memasak buat kali pertama sejak 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, agensi bantuan memaklumkan, lebih banyak lagi diperlukan untuk membantu 2.3 juta orang yang tinggal di wilayah terkepung itu dengan menyifatkan keadaan di lapangan sebagai ‘malapetaka’.

Lebih 1.7 juta orang kini dipindahkan secara paksa di seluruh Semenanjung Gaza dengan kebanyakannya berlindung di sekolah PBB hingga kemudahan itu mengalami kesesakan yang teruk.

Sehingga kini, lebih 44,000 kes cirit-birit dan 70,000 kes jangkitan pernafasan turut dilaporkan sejak konflik tercetus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya