Hantar bantuan ke Gaza guna payung terjun sukar, mahal - Utusan Malaysia

Hantar bantuan ke Gaza guna payung terjun sukar, mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Menghantar bantuan kemanusiaan menggunakan laluan darat menerusi lintasan Rafah dilihat tidak praktikal apabila bantuan itu lambat tiba sedangkan penduduk Gaza amat terdesak untuk menggunakan keperluan asas.

Tindakan Israel yang memeriksa setiap satu trak bantuan itu menyebabkan proses menjadi lebih lambat, malah ada yang tidak dibenarkan masuk dengan alasan membawa barangan ‘tidak sepatutnya’.

Sehubungan itu, seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan menghantar bantuan menggunakan kaedah payung terjun mungkin menjadi ‘pilihan terakhir’ untuk membantu penduduk Gaza.

“Payung terjun sentiasa menjadi pilihan terakhir jika anda bertanya kepada mana-mana pakar logistik kerana kaedah itu tidak praktikal dan juga mahal.

“Bantuan boleh disalurkan segera ke Gaza jika tiada banyak halangan dan semua pihak bersetuju,” kata Ketua Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), Andrea De Domenico yang dipetik agensi berita Anadolu.

Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menggesa Kesatuan Eropah (EU) dan PBB supaya menghantar bantuan ke Gaza menggunakan payung terjun.

Selain itu, De Domenico menyifatkan kaedah payung terjun itu sangat mencabar dan boleh mendatangkan bahaya lebih serius.

Katanya, kuantiti bantuan yang boleh dibawa juga amat terhad, sekali gus tidak dapat membantu penduduk Gaza sewajarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya