Hamas tidak rancang serang festival muzik, Israel yang bunuh penduduk sendiri

Hamas tidak rancang serang festival muzik, Israel yang bunuh penduduk sendiri

TANGKAP layar video menunjukkan pengunjung lari bertempiaran ketika helikopter tempur Israel melepaskan tembakan di Festival Muzik Nova. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Siasatan polis mendapati helikopter tempur milik tentera Israel melepaskan tembakan ke arah pejuang Hamas di festival muzik di wilayah haram itu pada 7 Oktober lalu turut mengenai orang awam di lokasi kejadian.

Media Israel, Haaretz mendedahkan, hasil siasatan dan penilaian kematian orang awam di Israel di sebuah festival muzik berkemungkinan disebabkan oleh tembakan yang dilepaskan oleh heliopter tempur tentera Israel.

“Siasatan terhadap insiden itu mendedahkan sebuah helikopter tempur Israel yang tiba di tempat kejadian dari pangkalan Ramat David melepaskan tembakan ke arah pejuang Hamas dan tembakan itu turut mengenai penduduknya,” dedah laporan tersebut.

Lebih mengejutkan, laporan itu juga memaklumkan pejuang Hamas sebenarnya tidak mengetahui lebih awal mengenai festival itu dan hanya memutuskan sasaran pada saat akhir.

Berdasarkan salinan laporan polis Israel, pejuang Hamas pada mulanya berniat menyerang sekitar Kibbutz Re’im dan perkampungan berhampiran sempadan gaza.

Kumpulan pejuang itu hanya mengetahui mengenai festival itu menerusi tinjauan dron dan dari udara ketika masuk menggunakan payung terjun.

Selain itu, laporan berkenaan memberitahu, kebanyakan pengunjung di festival muzik itu berjaya melarikan diri ketika Hamas muncul.

“Sebahagian besar (mereka yang berada di acara itu) berjaya melarikan diri empat minit selepas serangan roket,” menurut sumber kanan polis yang dipetik Haaretz.

Laporan polis itu juga menyemak semula jumlah kematian akibat serangan itu kepada 364, termasuk 17 pegawai polis, meningkat daripada 270. Ia menjadikan jumlah pengunjung festival yang diculik adalah 40 orang.

Sementara itu, dakwaan Israel membunuh penduduknya sendiri diperkukuh lagi dengan perkongsian seorang daripada mangsa serangan pejuang Hamas di festival muzik tersebut.

Yasmin Porat, 44, yang juga warga Israel memberitahu, tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke arah beberapa orang awam yang berada disitu.

“Mereka (tentera Israel) menghapuskan semua orang, termasuk tebusan.

“Terdapat tembakan yang sangat berat dan juga bedilan daripada kereta kebal,” katanya dalam satu sesi temu bual bersama stesen radio Israel.

Selain itu, Yasmin juga berkongsi pengalaman sewaktu menjadi tebusan kumpulan pejuang Hamas.

Dia menyifatkan sepanjang tempoh menjadi tebusan, Hamas menjaganya dan tebusan lain dengan baik, sambil mempamerkan nilai-nilai kemanusian yang tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya